Friday, May 3, 2013

SEJARAH MINI COOPER KLASIK




                                                   
                                                      SEJARAH MINI COOPER KLASIK


40 tahun kuasai jalan raya di seluruh dunia, kini tampil dengan model alaf baru gabungan teknologi Rover dan BMW.

Ketika mula dilancarkan di England pada 1959, tiada siapa berani meramalkan kereta bersaiz kecil ini bakal menjadi salah sebuah kenderaan paling digilai peminat terutama golongan muda pada abad ini.


Tetapi itulah hakikatnya. Kereta Mini yang asalnya dikeluarkan British Motor Corporation (BMC) untuk mengatasi masalah kekurangan minyak kini masih bertahan sebagai kereta idaman.


Ia gah selepas lebih 40 tahun menguasai jalan raya di seluruh dunia.

Kereta mini diilhamkan oleh BMC pada 1955 selepas tercetusnya masalah kekurangan minyak yang melanda benua Eropah sesudah penutupan Terusan Suez pada pertengahan 1950-an.

Bagi mengurangkan masalah itu, BMC bercadang mencipta kenderaan yang mampu bergerak dengan penggunaan minyak yang minimum.

Manusia yang bertanggungjawab melahirkan Mini adalah jurutera reka bentuk terkenal ketika itu, Sir Alec . Sejajar dengan masalah kekurangan minyak dunia ketika itu, Alec diarahkan mereka cipta kereta bersaiz kecil yang mampu mengurangkan penggunaan minyak.

Lakaran itu membolehkan beliau mereka bentuk sebuah kenderaan yang sesuai untuk empat lelaki dewasa dengan kapasiti enjin kecil termasuk saiz tayar.

Selepas meneliti saiz badan kenderaan yang sesuai, komponen utama lain yang diambil kira ialah bahagian enjin iaitu dengan meletakkan kotak gear di tengah enjin.

Pada 26 Ogos 1959, lahir versi pertama Mini dan BMC mula mengeluarkan 50 model terawal kenderaan itu dengan kapasiti enjin hanya 848 cc.

Pada masa itu, model Mini dikatakan kenderaan yang paling ringkas dan ‘tulen’ iaitu mudah dikendali, bersih, jimat, tangkas serta menarik.

Oleh kerana kenderaan terbabit paling menjimatkan petrol, ia mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat Eropah dan BMC berjaya dijual sehingga 200,000 unit

1 comment: